MT Umno Khas Tak Bincang Nasib Muhyiddin, Shafie

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 1:51 PM

Kedua-dua Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kelihatan serius ketika sidang media selepas menghadiri persidangan sayap-sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Mohd Seri Shafie Apdal hanya akan ditentukan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang akan diadakan pada Rabu malam tidak akan membincangkan mengenai kedudukan dua pemimpin kanan parti berkenaan.

“Malam ini merupakan mesyuarat khas Majlis Tertinggi. Lazimnya agenda yang dibincangkan adalah berhubung persiapan perbentangan Perhimpunan Agung Umno yang biasa akan dibentangkan oleh Pengerusi Tetap.

“Selain itu, taklimat daripada (Naib Presiden), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang ditugaskan melakukan penyelarasan terhadap jurucakap. Selain daripada itu saya tidak nampak ada sebarang agenda lain.

“Saya tidak fikir ia perlu digopoh-gapahkan dari segi tindakan dan kita serahkan kebijaksanaan yang ada pada Presiden Umno sebagai keutamaan,” kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 di sini, Rabu.

Pada sidang media yang sama Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mengibaratkan Umno seperti sebuah rakit berdasarkan perkembangan yang berlaku dalam parti itu.

“Ianya seperti ikatan tali pada kayu-kayu yang menjadi rakit, tali jangan biarkan terputus agar kayu yang menjadi rakit tidak dihanyutkan air.

“Maka kayu perlu diikat, jika ada tali yang mengikat rakit terputus, biarkan tali yang putus itu hanyut bersama air yang deras tetapi rakit kita pastikan tidak tenggelam,” katanya.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan