Pemuda Umno Takkan Berdiam Diri, Bersuara Bukan Menderhaka - KJ

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 10:10 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno tidak akan mengambil langkah populis dengan hanya berdiam diri dan mengabaikan isu besar yang menjadi buah mulut sebahagian besar rakyat.

Ketuanya, Khairy Jamaladdin berkata, Pemuda Umno melihat kepentingan untuk memastikan parti itu kekal relevan dalam konteks yang lebih luas iaitu bukan hanya menjadi juara di kalangan ahli parti sahaja.

"Mutakhir ini bila Pemuda menyampaikan rintihan orang ramai dengan membangkitkan isu-isu hangat, ada suara sinis yang berbunyi, kononnya ini semua tindakan populis, hendak mengambil kesempatan menangguk di air keruh serta melawan tauke.

"Takkanlah usaha Pemuda menjadi utusan dan membawa fikiran serta suara rakyat pun dianggap menderhaka?  Kalau begitu baik dijahit sahaja mulut kami.

"Apa yang Pemuda lakukan bukan populis tetapi untuk membuatkan Umno kembali popular di kalangan rakyat," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno 2015 di sini, Rabu.

Sebelum ini Khairy dilapor menuntut penjelasan dan tindakan segera daripada kerajaan berhubung beberapa isu termasuk membabitkan dakwaan penyelewengan dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu menurut Khairy, tindakan Pemuda Umno mempersoalkan beberapa isu membabitkan tadbir urus kerajaan adalah bertujuan untuk memenangi hati rakyat secara keseluruhannya.

"Bila timbul isu yang menjadi buah mulut sebahagian besar rakyat kita, apakah Pemuda harus hanya pekakkan telinga dan membisu sahaja? Bila ada tuduhan berat seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, takkan kita diam tidak minta penjelasan?

"Bila kita nyatakan pendirian, bukanlah niatnya untuk menuduh - tetapi untuk kita memperjelaskan keadaan dan menjernihkan semula imej kerajaan dan parti di mata rakyat," katanya.

Tegas Menteri Belia dan Sukan itu lagi, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin kerajaan untuk memberi jawapan terhadap sebarang persoalan yang dibangkitkan rakyat.

"Ingat, rakyat yang menentukan masa depan politik kita. Kalau respon yang diberikan adalah jawapan yang tidak masuk akal, bagaimana penerimaan rakyat nanti?  Kalau respon kita hanya mengejar dan menghukum pemberi maklumat tanpa menyiasat tuduhan yang serius, apa pula pandangan rakyat?  Kalau respon kita seolah-olah mengganggu siasatan, apa yang rakyat akan rumuskan akhirnya?

"Pemuda hanya mahu parti keramat kita kekal keramat, kekal memimpin. Untuk itu, parti kita perlu menang pilihan raya.  Untuk menang pilihan raya, pemimpin kita mesti dihormati dan disegani oleh orang ramai," katanya.

Selain itu menerusi ucapannya juga, Khairy menasihatkan kepimpinan tertinggi supaya segera menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan.

"Sebab itulah kita bangkitkan isu-isu penting yang sudah lama bersarang di benak fikiran rakyat terutamanya orang muda.  Bukan susah untuk diterima dan menjadi popular di kalangan rakyat.

"Kalau ada tuduhan, jawab dengan cepat dan menyeluruh. Buktikan kita telus dan mengamalkan tadbir urus yang baik. Tunjukkan pada semua tidak ada apa yang hendak kita sembunyikan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pemuda Umno , PAU 2015

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan