100 Pelajar Miskin Sertai Kem Kembara Kerjaya 2015

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 5:47 PM

Abdul Karim (kanan) bersama Muzaffar (kiri) bersama peserta Kem Kembara Kerjaya yang tamat pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

SELANGOR: Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dengan kerjasama Maybank Islamic Berhad menganjurkan Kem Kembara Kerjaya 2015 bagi membantu pelajar miskin menerusi Program Semarak Ilmu.

Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Datuk Abdul Karim Mustafa berkata, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan minda serta motivasi kepada anak angkat yang menyertai Kem Kembara Kerjaya.

"Program anak angkat ini adalah yang pertama bagi YPM bergabung dengan Maybank Islamic Berhad bagi memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kecemerlangan akademik.

"Kita menyediakan platform kepada pelajar miskin ini supaya mendapat peluang daripada segi pelajaran, kemahiran teknik dan vokasional untuk mengembangkan potensi diri mereka," katanya kepada mStar Online, disini pada Rabu.

Abdul Karim berkata, seramai 100 anak angkat yang terlibat dari seluruh Semenanjung dipilih menyertai program kali ini.

"Pelajar-pelajar ini diberi pendedahan mengenai peluang kerjaya bukan sahaja melalui kecemerlangan akademik tetapi juga kemahiran pelbagai bidang sebagai persediaan kepada mereka.

"Sebanyak RM2.8 juta telah diperuntukkan oleh Maybank Islamic Berhad untuk menjayakan program ini," ujarnya.

Kem Kembara Kerjaya bermula pada 6 hingga 9 Disember berkonsepkan mentor-mentee ini bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad, Datuk Muzaffar Hisham yang menyempurnakan majlis penutupan Kem Kembara Kerjaya 2015 YPM-MIB.


 


Tags / Kata Kunci: YPM , MIB , Abdul Karim Mustafa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan