Sharifah Amani, Farah Ann Curi Tumpuan Di PWTC

Diterbitkan: Rabu, 9 Disember 2015 1:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerima anugerah Ikon Wanita Muda Pergerakan Puteri Umno mencuri tumpuan media dan perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Rabu.

Mereka adalah pelakon Sharifah Amani, atlet gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi, aktivis Dr Nur Asiela Md Suhud dan dua lagi penerima anugerah keusahawan dan anugerah khas.

Sharifah Amani ketika ditemui di luar dewan selepas menerima anugerah Ikon Wanita Muda (Seni) berkata beliau tidak melihat anugerah ini sebagai sesuatu yang membebankan tetapi sebagai pengiktirafan daripada Puteri Umno yang menghargai kerjayanya sebagai anak seni.

"Orang lain di luar sana mungkin tidak melihat saya seperti itu (ikon). Tetapi hari ini saya berbesar hati dan bersyukur menjadi salah seorang daripada pemenang lain yang pernah mengharumkan nama Malaysia.

"Selepas ini saya tetap menjalankan kehidupan seperti biasa, berlakon. Saya masih ada banyak kerja dan banyak perkara yang perlu dipelajari," katanya kepada mStar Online.

Katanya, Malaysia mempunyai ramai wanita muda yang berbakat besar dan telah mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia.

"Farah Ann, Yuna, mereka tak lupa daratan, mereka telah kembangkan budaya kita di luar negara.

"Ini menunjukkan wanita sekarang lebih bebas dan berfikiran terbuka," katanya.

Namun katanya, beliau tidak berminat untuk menceburi bidang politik secara langsung, tetapi berminat untuk terlibat dalam filem berkisar politik.

"Tak ada, tak nak, tak minat (politik). Ia bahaya untuk orang macam saya yang ‘berapi’. Jadi saya hanya berlakon dalam filem sahaja, di luar saya tak boleh berlakon," katanya.

Sementara itu Farah Ann yang menerima anugerah bagi kategori sukan berkata beliau berbangga dengan pengiktirafan ini dan akan meneruskan perjuangan untuk menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

"Seperti mana juga dalam sukan, saya perlu beri inspirasi kepada golongan muda terutama golongan wanita untuk terus perjuangkan apa yang mereka impikan dan buat terbaik untuk harumkan nama Malaysia.

"Sebagai ikon saya mahu pastikan keluarga, negara dan rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian saya," katanya.

Dr Nur Asiela Md Suhud berkata beliau menganggap anugerah yang diterima sebagai perkara baharu dalam kehidupannya.

Katanya, selepas ini beliau akan lebih bergiat aktif dalam aktiviti keusahawanan.

"Saya mahu buktikan wanita muda sekarang lebih aktif.

"Walaupun saya bertugas sebagai seorang doktor, tetapi ia bukan penghalang untuk saya mendekatkan diri dengan masyarakat," katanya.

Tags / Kata Kunci: Umno , Puteri Umno

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan