Umno Sabah Menang Anugerah Membara

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 11:44 PM

Najib menyampaikan Anugerah Membara Peringkat Kebangsaan yang dimenangi negeri Sabah kepada Musa Aman pada majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno Sabah pada malam Selasa diumumkan pemenang  Anugerah Membantu Rakyat (Membara) peringkat kebangsaan parti berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno,  menyampaikan hadiah wang tunai RM10,000, piala pusingan dan sijil kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Musa Aman, yang juga Ketua Menteri Sabah.

Majlis itu diadakan sebelum majlis Taklimat Presiden kepada perwakilan Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2015 di sini.

Program Membara Umno mula dilaksanakan pada 2014 sebagai medium utama parti untuk membantu rakyat di 191 bahagian parti berkenaan di seluruh negara.

Di bawah program itu, semua aktiviti dan kegiatan dijalankan secara bersepadu oleh kepimpinan peringkat bahagian termasuk bekerjasama dengan ketiga-tiga sayap Umno - Wanita, Pemuda dan Puteri.

Najib pada majlis itu turut menyampaikan hadiah kepada juara Pidato Piala Presiden Umno kepada pemidato dari Melaka, Mohd Rafee Madon, yang berjaya menewaskan 14 peserta di pusingan akhir.

Mohd Rafee menerima piala pusingan, piala iringan, sijil dan wang tunai RM20,000.

Tempat kedua dimenangi pemidato dari Selangor, Hanif Osman yang menerima piala iringan, sijil dan wang tunai RM15,000, manakala tempat ketiga milik pemidato dari Johor, Kamarulhairi Komeng, yang menerima piala iringan, sijil serta RM10,000.

Sementara itu, 12 lagi peserta akhir Pidato Piala Presiden Umno, masing-masing menerima sagu hati RM2,000 dan sijil penyertaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Umno Sabah , Anugerah Membara

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan