Bayar Lebih Bagi Penggunaan Elektrik 300 kWj Ke Atas

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 8:09 PM

Maximus Ongkili.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Isi rumah yang menggunakan lebih daripada 300 kiloWatt jam (kWj) sebulan perlu membayar kadar tarif elektrik lebih tinggi disebabkan pengurangan dalam rebat.

Namun, bagi mereka yang menggunakan kurang daripada 300 kWj, tidak akan terjejas.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata tiada perubahan dalam kadar tarif elektrik asas bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2016.

Namun, rebat dikurangkan daripada 2.25 sen bagi setiap kWj kepada 1.52 kWj berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.



Tags / Kata Kunci: tarif elektrik , rebat , Maximus Ongkili

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan