Pembukaan Mara Digital Bukan Rasis - Ismail Sabri

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 1:20 PM

Ismail Sabri.

Ismail Sabri Yaakob.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dibuka di Medan Mara di sini, Selasa tidak seharusnya dilihat dari perspektif perkauman, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pusat yang dinamakan Mara Digital itu bukan mahu mencabar mana-mana pusat digital lain tetapi untuk menawarkan peluang kepada usahawan Bumiputera untuk menceburi sektor teknologi.

"Ia bukan mencabar pusat digital lain seperti Digital Mall atau Plaza Low Yat tetapi berkhidmat sebagai alternatif kepada pengguna," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mara Digital di sini, Selasa.

"Pelanggan mesti tidak prejudis terhadap perkauman dalam hal ini. Sebagai contoh, 98 peratus peruncit di Low Yat adalah bukan Bumiputera tetapi 70 peratus pelanggan mereka adalah Bumiputera," katanya. 

Terdahulu dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, beliau telah dilabelkan sebagai rasis kerana mahu menubuhkan Mara Digital susulan insiden kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat.

Beliau mempertahankan langkah itu selari dengan hasrat untuk membantu usahawan Bumiputera dalam menceburi industri itu.

"Terdapat kira-kira sembilan juta telefon bimbit dijual di negara ini dan kebanyakan peruncit adalah bukan Bumiputera.

"Kita tidak mahu golongan Bumiputera ketinggalan ke belakang," katanya.

Beliau berkata, pelancaran Mara Digital merupakan projek perintis dengan rancangan untuk membuka lebih banyak gedung teknologi maklumat di bandar-bandar utama di seluruh negara.


iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan