Kerajaan P.Pinang Perlu Berhenti Provokasi Emosi Rakyat - Teng Chang Yeow

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 7:30 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang seharusnya berhenti memprovokasi emosi rakyat bagi mewujudkan perasaan tidak percaya dan benci terhadap kerajaan Persekutuan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow.

Beliau berkata, biarpun DAP telah mentadbir kerajaan negeri sejak lapan tahun lalu, malangnya mereka terus menyalahkan kerajaan Persekutuan atas semua kegagalan mereka sendiri.

Katanya, dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung Pulau Pinang dianaktirikan dan tidak mendapat sebarang peruntukan daripada kerajaan persekutuan adalah tidak benar sama sekali.

"Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman mengesahkan bahawa kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sejumlah RM5.7 billion kepada negeri Pulau Pinang di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

"Malahan di bawah Bajet 2016, sejumlah RM768 juta telah diperuntukkan kepada negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, Lim terus mengatakan Pulau Pinang dianaktirikan dan tidak mendapat sebarang peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Berhubung dakwaan Lim bahawa kerajaan Persekutuan mungkir janji untuk menyediakan monorel di negeri itu, Teng menegaskan Ketua Menteri yang telah menolak projek berkenaan ketika itu, malahan beliau juga telah mempengaruhi rakyat di negeri ini untuk menolak manifesto pilihan raya BN.

"Jadi bagaimana pula BN dapat melaksanakan manifestonya setelah ditolak rakyat Pulau Pinang? tegasnya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Teng Chang Yeow , DAP

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan