Banjir Di Chennai: 41 Penuntut Pergigian Malaysia Tiba Di Tanah Air

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 8:51 PM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Sekumpulan 41 pelajar Malaysia yang sebelum ini terperangkap di asrama mereka akibat banjir di Chennai, India, selamat tiba di tanah air.

Kumpulan pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang pergigian di Kolej Pergigian Saveetha itu, bagaimanapun terpaksa mengharungi perjalanan dengan bas selama 13 jam ke Cochin, Kerala sebelum menaiki pesawat untuk ke Malaysia.

Kumpulan pelajar berusia antara 19 dan 25 tahun itu, termasuk 12 yang ditaja Majlis Amanah Rakyat (Mara), mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kochi pada kira-kira 2.56 petang tadi.

Naib Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di Chennai, S.Sham Raj, 25, berkata mereka merupakan kumpulan terakhir yang pulang ke Malaysia berikutan banjir buruk yang melanda Chennai, dikatakan paling buruk di bandar raya itu dalam tempoh 100 tahun.

"Kolej kami tidaklah teruk terjejas. Asrama masih selamat tetapi, lebih banyak hujan lebat dan petir diramal berlaku.

"Itulah sebabnya universiti mengisytiharkan cuti seminggu sejak Selasa lepas bagi semua pelajar berikutan banjir di Chennai, demi keselamatan kami dan tempoh cuti ini bergantung pada keadaan banjir di sana," kata Sham Raj, yang sedang menjalani latihan amali.

Seorang pelatih yang enggan dikenali, bersyukur kerana kolejnya tidak teruk terjejas seperti kolej lain yang berdekatan, tetapi menceritakan bahawa mereka menghadapi kesulitan untuk mendapatkan makanan serta mengalami gangguan talian telefon dan bekalan elektrik.

"Ibu bapa bimbang tentang keselamatan kami. Kami sukar menghubungi mereka.

Talian begitu teruk hingga memaksa kami naik ke bumbung untuk mendapatkan isyarat telefon.

Sementara itu, pelajar tahun pertama tajaan Mara, Nurul Husniah Che Soh, 19, dari Terengganu, berkata dia terkejut apabila melihat banjir besar berlaku selepas tiga bulan tiba di Chennai kerana belum pernah mengalami banjir dalam hidupnya.

Menceritakan pengalaman perit yang dialami, pelajar ini berkata para pelajar mengalami masalah besar apabila mereka terperangkap di asrama selama beberapa hari, tanpa bekalan air, elektrik dan tiada kemudahan untuk meminta pertolongan.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Chennai , Kolej Pergigian Saveetha , Mara , KLIA , Kerala

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan