PAS Tunjuk Tanda Menggalakkan Ke Arah Permuafakatan Dengan Umno - Najib

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 12:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS telah menunjukkan tanda-tanda menggalakkan ke arah permuafakatan dengan Umno berdasarkan beberapa tindakan positifnya terhadap parti tunjang orang Melayu itu, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Perdana Menteri berkata, antaranya ialah langkah PAS yang tidak menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 pada persidangan Dewan Rakyat 16 Novmber lepas menggambarkan tanda-tanda menggalakkan ke arah kerjasama antara kedua-dua parti orang Melayu itu.

"Dalam pengundian bajet mereka tidak menyokong langkah tolak bajet. Walaupun mereka tidak undi pihak kita, tetapi mereka tidak tolak bajet. Ini tanda-tanda yang saya anggap sebagai menggalakkan," katanya dalam satu temubual dengan sebuah stesen televisyen di sini, Isnin malam.

Temubual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temubual itu turut dimuatnaik di laman web www.newsplus.my/live-tv.

Najib percaya, tindakan PAS itu berpegang kepada prinsip Islam yang mengharamkan tindakan menjatuhkan sesebuah kerajaan dengan cara yang tidak diizinkan oleh Islam.

"Ini termasuk demonstrasi jalanan dan sebagainya. Jadi apa yang disuarakan oleh pemimpin PAS itu selari dengan prinsip Islam," katanya.

Semasa sesi pengundian peringkat dasar rang undang-undang itu pada November lepas, enam anggota Parlimen dari PAS mengambil keputusan berkecuali iaitu Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas), Nasaruddin Hassan (PAS-Temerloh), Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), Marzuki Shaari (PAS-Bachok) dan Dr Izani Hussin (PAS-Pengkalan Chepa).

Manakala empat lagi Anggota Parlimen PAS termasuk Abdul Hadi tidak hadir pada sesi itu.

Najib juga berkata, kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Dr Haron Din juga turut menunjukkan tanda-tanda positif ke arah permuafakatan itu.

Abdul Hadi dalam beberapa kenyataannya dilihat lebih berpihak kepada Umno seperti tidak membidas rombakan kabinet pada Julai lepas dan turut menyokong Najib supaya tidak tunduk kepada tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. 

Najib berkata beliau terbuka dalam soal permuafakatan antara Umno dan PAS kerana soal perpaduan adalah sangat penting dan begitu diberi perhatian dalam agama Islam. 

"Cuma kita tak boleh paksa ini berlaku. Ini perlu terbit dari nawaitu (niat) ikhlas dan biarkan proses ini berjalan mungkin langkah demi langkah tetapi yang penting sekali kepimpinan UMNO dan PAS sedar bahawa perpaduan ummah adalah penting untuk umat dan agama Islam," katanya. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan