"Tugas Orang Nombor 2 Bantu Orang Nombor 1" - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 8:34 PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, beliau bertanggungjawab mempertahankan institusi kepimpinan dan membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain itu, sebagai seorang daripada tiga naib presiden Umno pula, beliau sedar untuk sentiasa perlu bersama rakan-rakan lain mempertahankan institusi presiden parti dan memperkasakan sokongan rakyat kepada Umno.

"Sama ada peraturan yang tertulis atau peraturan tersirat, tugas orang nombor dua adalah membantu tugas orang nombor satu. Saya akan melakukan tugas sebaik mungkin dan tidak akan melebihi tugas yang sepatutnya diberikan kepada saya," katanya dalam wawancara khas dengan BERNAMA bersempena Perhimpunan Agung Umno 2015 yang bermula Selasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ahmad Zahid menjawab pertanyaan mengenai beban dan tanggungjawab yang digalasnya sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai lepas menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin pada masa ini masih mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno.

Sejak digugurkan daripada kabinet, Muhyiddin dilihat terus lantang mengkritik kepimpinan perdana menteri terutamanya melibatkan isu-isu berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad dan dana politik RM2.6 bilion.

Wawancara bersama editor-editor kanan BERNAMA itu diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri) Mokhtar Hussain.

Menjawab soalan berkaitan peranannya bagi membantu Presiden Umno, Ahmad Zahid berkata sebagai seorang daripada tiga naib presiden parti, beliau bukan sahaja perlu berusaha memperkukuhkan Umno tetapi juga mempertahankan institusi kepimpinan parti itu.

Ahmad Zahid berkata Umno perlu terus mantap demi memperkasakan sokongan rakyat kepada parti itu, yang terus menjadi harapan supaya agenda Melayu dan Islam dapat diterjemahkan serta pelaksanaannya direalisasikan.

Dua lagi Naib Presiden Umno ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Pertahanan dan Ketua Umno Bahagian Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ditanya mengenai mesej penting pada Perhimpunan Agung Umno kali ini, Ahmad Zahid berkata keutamaan parti ketika ini adalah ke arah perpaduan tanpa perlu ada tindakan seperti "persidangan dalam persidangan."

Beliau berkata kepimpinan Umno pasti berhadapan dengan masalah kerana ia sebuah parti yang dinamik namun semua masalah itu sama ada besar mahupun kecil mestilah diselesaikan.

"Pada hemat saya, biarpun pandangan dan persepsi adalah berbeda di luar sana, saya harap suhu yang ada di dalam dewan adalah lebih sejuk daripada suhu politik yang berada di luar dewan," katanya.

Katanya apabila seseorang pemimpin itu tidak lagi berada di 'kerusi kuasa', beliau perlu terus bersama-sama kepimpinan demi untuk memperkukuhkan parti walaupun mempunyai pendapat yang berbeza tentang pelbagai isu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Dr Ahmad Zahid Hamidi , Umno , PAU

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan