Najib Tak Mampu - Shafie

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 4:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2015 merupakan platform terbaik untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai pelbagai isu termasuk membabitkan dakwaan penyelewengan dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yakin, Presiden yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mampu untuk menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan perwakilan Umno secara bersendirian.

"Banyak isu yang dilontarkan daripada bahagian, perwakilan. Banyak isu yang dibangkitkan seperti ekonomi, agama, keselamatan peluang pekerjaaan dan perniagaan. Takkan presiden nak gulung semua?

"Ini landasan untuk menjelaskan kepada semua perwakilan dan selepas dijelaskan baru mereka mampu bagi penerangan ke peringkat bawah.

"Perhimpunan setahun sekali ini sepatutnya dimanfaat untuk merungkai pelbagai isu yang disuarakan oleh pelbagai pihak," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, Selasa.

Sehubungan itu menurut Shafie, beliau masih berharap agar Majlis Tertinggi Umno memberi ruang kepada timbalan presiden, naib-naib presiden dan semua ketua sayap untuk menyampaikan ucapan penggulungan seperti kebiasaannya.

"Saya harap begitu, saya akan minta untuk beri ucapan. Jika semua sayap-sayap dibenarkan atas kehendak dan permintaan mereka, saya sebagai naib presiden juga boleh memohon sebolehnya perkara yang sama berlaku.

"Tak ada salah pun, ia sudah menjadi tradisi bagi presiden, timbalan dan naib presiden berucap," katanya.

Sebelum ini seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata bahawa mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno pada 9 Disember (Rabu) akan membuat keputusan sama ada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Shafie dibenarkan berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2015.

Ditanya sama ada beliau sudah menyiapkan draf ucapan, Shafie berkata: "Semua yang saya nak katakan ada dalam fikiran, dalam perjuangan tak perlu persedian. Kita lalui pelbagai cabaran, pelbagai isu yang dilontarkan.

"Benda ini timbul bukan hanya dari hati nurani atau pemikiran kita tapi juga daripada suara rakyat yang bangkitkan kepada kita.

"Kita selaku perantara berperanan menyampaikan kepada pihak berkuasa untuk merungkai dan menyelesaikan secara baik."

Menyentuh mengenai harapannya menjelang Perhimpunan Agung Umno 2015 yang akan bermula pada Rabu, Shafie berharap perwakilan akan menggunakan ruang yang diberikan sebaik mungkin untuk mendapatkan penjelasan daripada barisan kepimpinan.

"Saya harap ini menjadi perhimpunan yang akan memperkuatkan parti dan kita akan dapat menjelaskan sebanyak mungkin tentang isu yang besar dalam negara. Jangan anggap isu 1MDB sebagai isu yang kecil, kena ada penjelasan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Shafie Apdal , Najib Tun Razak , Umno

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan