PAU 2015: Muhyiddin Tak Hadir Taklimat Presiden, Shafie Sendirian

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 9:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerusi yang disediakan untuk Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kosong apabila beliau tidak hadir ke sesi taklimat Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015, malam Selasa.

Bagaimanapun, Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengotakan kata-katanya untuk hadir apabila beliau dilihat memasuki Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 8.15 malam.

Beliau tiba dan masuk ke dewan bersendirian tanpa diiringi sesiapa dan terus menaiki pentas di mana kerusi untuk pimpinan tertinggi Umno masih kosong.

Beliau kemudian bersalaman dengan Tan Sri Annuar Musa, Datuk Aziz Kaprawi, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Seri Raja Nong Chik yang pada ketika itu berada di atas pentas.

Selepas berbual pendek, Shafie dilihat turun dari pentas dan duduk di tempat duduk bahagian bawah sebelum naik semula ke pentas untuk bersama pemimpin lain beberapa minit sebelum majlis bermula.

Beliau duduk diapit dua naib presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Majlis bermula kira-kira pukul 9 malam sebaik sahaja Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memasuki dewan.

Muhyiddin dan Shafie yang masing-masing disingkirkan daripada Kabinet Najib Julai lalu menjadi tumpuan media dan perwakilan pada perhimpunan kali ini.

Kehadiran mereka juga ditunggu-tunggu setelah Majlis Tertinggi (MT) parti membuat keputusan bahawa timbalan presiden tidak akan merasmikan persidangan tiga sayap seperti kebiasaannya, bagaimanapun untuk ucapan penggulungan pula, ia akan diputuskan pada mesyuarat MT pada Rabu malam.

Beberapa hari menjelang PAU 2015, Muhyiddin berkata, beliau akan hadir walaupun dirinya menjadi 'tunggul' di pentas.

Menurut sumber, majlis pada malam Selasa yang menyaksikan presiden menyampaikan amanat kepada pimpinan Umno seluruh Malaysia 'tidak ada dalam jadual beliau'.

Sehari sebelum PAU 2015, Muhyiddin dan Shafie mengadakan forum khas bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir di Kelab Sultan Sulaiman.

Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad memberi ucapan mengenai isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion dan menggesa supaya Najib berehat sementara menunggu siasatan kes itu selesai.

Shafie turut membuat gesaan sama melalui pertemuan dengan pihak media awal hari ini.



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan