Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 11:26 PM

Chau Tet On.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah ketika era kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Chau Tet On meninggal dunia awal pagi Selasa.

Menantu mendiang, Kevin Padasian ketika dihubungi berkata ayah mertuanya berusia 78 tahun meninggal dunia di Gleaneagles Hospital di sini akibat masalah kesihatan.

Chau meninggalkan seorang balu Datin Lee Lian Tsin, 77, seorang anak perempuan, Chau Siew Kun dan dua cucu perempuan.

Chau pernah dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah pada 1994 ketika di bawah kerajaan PBS pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Sebelum menceburi bidang politik, mendiang merupakan seorang pendidik.

Beliau pernah menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Api-Api selama tiga penggal iaitu pada pilihan raya negeri 1986, 1990 dan 1994. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan