Pengapungan Terkawal Bahan Api Jimatkan RM11 Bilion - Johari

Diterbitkan: Selasa, 8 Disember 2015 12:12 PM

Harga minyak petrol RON95 dan diesel naik sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam 3 September lalu.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM11 bilion tahun ini hasil daripada pelaksanaan penetapan harga runcit bahan api mengikut kaedah pengapungan terkawal yang bermula Disember tahun lepas.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata langkah rasionalisasi tersebut menepati sasaran kerajaan dalam menghadapi cabaran ekonomi global dan penjimatan untuk disalurkan pada golongan sasaran yang berpendapatan rendah.

"Seperti pengurangan subsidi gula yang kita laksanakan pada tahun 2013, kerajaan dapat menjimatkan RM300 juta setahun dan semua rasionalisasi subsidi ini dikembalikan untuk kebaikan rakyat," katanya ketika menjawab soalan Senator Dr Syed Husin Ali pada persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.

Syed Husin meminta kementerian menyatakan penjimatan daripada penghapusan subsidi-subsidi pada tahun ini mengikut jenis subsidi.

Johari berkata walaupun kerajaan melaksanakan langkah mengurangkan subsidi, ia telah disalurkan untuk meneruskan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti penambahan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) setiap tahun dan pemberian bantuan tunai persekolahan.

"Bantuan lain ialah meneruskan Baucar Buku 1Malaysia, penambahan lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia, pembukaan lebih banyak Klinik 1Malaysia dan bantuan pendidikan yang ditambah peruntukannya pada bajet tahun depan," katanya.

Johari berkata hasil penjimatan juga disalurkan kepada kementerian berkenaan yang boleh menyediakan kaedah untuk membantu rakyat seperti peruntukan untuk pembinaan lebih banyak rumah mampu projek perumahan rakyat (PPR) dan rumah mampu milik.

"Selain dari sasaran penjimatan untuk membantu golongan rakyat, langkah pengurangan dan rasionalisasi subsidi juga didapati mengurang dan menghapus ketirisan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bahan Api , Kementerian Kewangan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan