Pesakit Kanser Jadikan Tunku Abdul Jalil Inspirasi

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 9:47 AM

Low (kiri) dan Fong tiba di Istana Besar kira-kira pukul 8 pagi untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Tunku Abdul Jalil.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pesakit kanser, Low Mui Cheng, 60, sanggup berjalan kaki sejauh 2 kilometer ke Istana Besar di sini untuk memberi penghormatan terakhir ke atas Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim.

Walaupun ibu kepada dua anak itu yang menghidap limfoma, tidak pernah bertemu secara peribadi dengan Tunku Abdul Jalil, dia berkata turut memahami perasaaan putera raja itu kerana disahkan menghidapi kanser tahap empat, setahun yang lalu.

"Saya sering mengikuti perkembangan Tunku Abdul Jalil di laman sosial terutamanya laman Facebook beliau di mana beliau berkongsi pandangan dan gambar peribadinya.

"Tunku Jalil sentiasa kelihatan positif dalam gambar walaupun menanggung kesakitan yang dialaminya.

"Saya fikir beliau adalah seorang pejuang dan ia adalah sesuatu yang saya sebagai Bangsa Johor akan jadikan sebagai inspirasi untuk melawan penyakit ini," katanya ketika ditemui di luar perkarangan Istana pada Ahad.

Low dan suaminya yang juga ahli perniagaan, Fong Kee Hui, 65, antara rakyat yang hadir di perkarangan Istana untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum.

Fatimahzahrah Abdul Ghani kali terakhir bertemu dengan Tunku Abdul Jalil semasa Rumah Terbuka Hari Raya Kerabat Diraja itu di Istana Pasir Pelangi, Julai lalu.

"Saya sempat berjabat tangan dengan Tunku Abdul Jalil. Beliau tersenyum kepada saya dan bertanyakan khabar.

"Kerabat Diraja Johor sentiasa mengambil berat terhadap rakyat mereka," kata suri rumah berusia 67 tahun itu.

"Rakyat Johor berkongsi kesedihan di atas kemangkatan putera raja yang disayangi, Tunku Abdul Jalil.

"Sepanjang kehidupan beliau, Tunku Abdul Jalil meraih pelbagai pengiktirafan dan meninggalkan kenangan manis yang dikongsi bersama rakyat, " tulis Napsiah Wan Salleh di Facebook miliknya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Saravanan Manickam berkata dia turut bersedih dengan berita kemangkatan tersebut.

"Tidak pernah sepanjang hidup saya melihat orang ramai berkongsi kesedihan di atas kemangkatan seorang putera raja. Seorang putera raja yang sebenar," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan