"Bertindak Di Luar Batasan, Kami Akan Ambil Tindakan" - Tengku Adnan

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 3:43 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa parti itu tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin sekiranya beliau bertindak melampaui batas.

Setiausaha Agung Umno itu dipetik sebagai berkata demikian dalam satu laporan yang dikeluarkan dalam portal Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) pada Isnin.

Beliau berkata terpulang kepada Muhyiddin untuk membuat sebarang ucapan menjelang kemuncak Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang akan bermula Selasa.

"Cuma jangan melampaui batas, anda bertindak di luar batasan, kami akan ambil tindakan," kata Tengku Adnan selepas menyempurnakan program Back To School di Putrajaya pada Isnin.

Muhyiddin dijadualkan akan berucap dalam satu forum awam pada malam Isnin.

Forum itu akan diadakan di Kelab Sultan Sulaiman dan turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal.

Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan tidak akan dibenarkan untuk berucap pada perhimpunan parti itu.

Kebiasaannya Timbalan Presiden Umno akan menyampaikan ucapan dasar pada perasmian tiga sayap parti dan juga ucapan penggulungan di akhir perhimpunan.

Namun, pada kali ini, tidak ada majlis perasmian semua sayap seperti lazimnya ia dirasmikan oleh Timbalan President Umno sehari sebelum persidangan ketiga-tiga sayap tersebut.

Sebaliknya ia akan digantikan dengan Majlis Taklimat Presiden secara tertutup.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan