Tekanan Punca Penilaian Negatif - Rizalman

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 12:06 PM

Muhammad Rizalman Ismail.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail mendakwa amalan rasuah di kalangan pegawai kanan dan tindakan menyalahkan orang bawahan menyebabkan dia tertekan sehingga membawa kepada penilaian negatif terhadap dirinya, lapor New Zealand Herald.

Maklumat terbaharu yang didedahkan Mahkamah New Zealand pada Isnin merupakan satu laporan yang dikeluarkan seorang pakar, Profesor Psikiatri Graham Mellsop dari Universiti Auckland yang menjalankan pemeriksaan kesihatan mental Rizalman pada November lalu.

Apabila ditanya Mellsop mengenai satu lagi laporan pada 2014 oleh pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menunjukkan sifat negatifnya, Rizalman berkata ia 'mengandungi perkara negatif (tentang dia) kerana di Malaysia adalah menjadi satu amalan untuk menyalahkan orang bawahan mereka.

Laporan pada 2014 mendapati wujud penggunaan dadah dan rokok secara berlebihan.

Bekas rakan sekerja Rizalman turut memberikan laporan negatif terhadap sikapnya.

Lelaki berusia 39 tahun itu mengaku bersalah berkelakuan tidak sopan menyerang seorang wanita berusia 21 tahun di kediamannya pada Mei 2014.

Namun, Rizalman mempertikaikan aspek tertentu terhadap pertuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan