Sultan Johor, Kerabat Diraja Dan Rakyat Ziarah Makam Tunku Jalil

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 7:11 PM

Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah (duduk, dua dari kiri) bersama dengan ahli keluarga kerabat Diraja Johor, Perak dan Selangor membaca surah Yasin ketika menziarahi makam Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil di Makam Diraja Mahmoodiah, Isnin. -fotoTHESTAR

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada Isnin berkenan meluangkan masa menziarahi makam Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil di Makam Diraja Mahmoodiah, di sini.

Sultan Ibrahim berangkat tiba pada 9 pagi dan beredar kira-kira setengah jam kemudian selepas membaca surah Yasin dan menyiram air mawar.

Turut mengiringi Sultan Ibrahim adalah Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.

Pada sebelah petang, Raja Zarith Sofiah dilihat berangkat ke makam berkenaan dengan diiringi Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar dan beberapa anggota kerabat Diraja Perak dan Selangor.

Baginda dan seluruh kerabat yang tiba pada 2.45 petang turut membaca surah Yasin, diketuai Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsudin sebelum beredar setengah jam kemudian.

Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah pula berangkat ke makam berkenaan bersama beberapa anggota kerabat diraja Johor lain pada pukul 4.30 petang.

Sementara itu, orang ramai turut dilihat tidak putus-putus menziarahi makam Almarhum Tunku Abdul Jalil dari pagi hingga petang ini.

Seorang peniaga, Muhmad (ulang...Muhmad) Tazudin Sukor, 38, dari Kampung Sungai Tiram, di sini, berkata dia mengambil peluang membawa isteri, Noorasliyati Sukaiman, 38, dan beberapa anggota keluarga ke makam tersebut hari ini kerana tidak berkesempatan untuk menziarahi semalam.

"Saya tidak pernah berpeluang bertemu dengan Almarhum Tunku Abdul Jalil, namun, saya banyak mendengar cerita mengenai kebaikan dan keramahan Almarhum khususnya terhadap pesakit kanser di Hospital Sultanah Aminah," katanya.

Muhmad Tazudin berkata dia turut mengikuti perkembangan Almarhum Tunku Abdul Jalil sebelum ini menerusi laman sosial dan menyifatkan Almarhum sebagai seorang putera raja yang mesra rakyat.

Tunku Abdul Jalil, 25, yang merupakan anakanda keempat Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah mangkat pada pukul 7.11 malam, Sabtu lepas, di Hospital Sultanah Aminah, di sini, akibat kanser. 

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan