Rakyat Perlu Yakin Dengan Pengurusan Ekonomi Negara Seiring Agensi Penarafan - PM - Berita Semasa | mStar

Rakyat Perlu Yakin Dengan Pengurusan Ekonomi Negara Seiring Agensi Penarafan - PM

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 11:46 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu lebih berfikiran positif dan yakin dengan pengurusan ekonomi negara seiring dengan tahap keyakinan yang ditunjukkan oleh pelabur dan institusi penarafan antarabangsa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan agensi penarafan seperti Standard  and  Poor's, Fitch Ratings dan Moody's Investors Service masing-masing menyatakan untuk mengekalkan penafaran atau menjadikan penarafan lebih positif.

"Tiada ke arah 'downgradekan' Malaysia...malah mereka memberikan pujian kepada pengurusan ekonomi Malaysia," katanya dalam temu bual bersempena Perhimpunan Agung Umno 2015, yang disiarkan oleh stesen televisyen TV3 malam Isnin.

Temu bual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah, Editor Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temu bual itu turut dimuat naik menerusi laman web www.newsplus.my/live-tv.

Najib berkata tahap keyakinan institusi kewangan dan agensi penarafan terkemuka dunia itu perlu diuar-uar kepada rakyat.

Katanya banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan namun tahap penghargaan yang ditunjukkan oleh rakyat mungkin tidak setimpal dengan apa yang telah dibuat oleh kerajaan.

Ini disebabkan rakyat dikelirukan oleh komen-komenh negatif menerusi media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, katanya.

Najib yang juga Presiden Umno, berkata komen-komen terbabit memberi gambaran seolah-olah agensi penarafan berkenaan akan menurunkan taraf atau memberi penarafan negatif terhadap ekonomi negara ini.

Untuk rekod, Standard  and  Poor's meletakkan penarafan kredit Malaysia pada A- manakala Moody's memberikan penarafan A3 untuk hutang kerajaan Malaysia dan  Fitch Ratings pula A-.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan