Dana RM2.6 Bilion: Saya Tak Lakukan Kesalahan Dari Segi Undang-Undang - PM

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 11:34 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan bahawa derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya bukan dari dana awam atau syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau berkata perkara itu telah pun disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menemui para penderma dana itu.

"Saya tidak melakukan sesuatu kesalahan dari segi undang-undang atau pun dari segi amalan, perkara ini telah pun dijelaskan dalam dewan Parlimen oleh Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

"Penderma-penderma telah pun disahkan dan telah pun ditemui oleh SPRM dan SPRM telah pun mendapatkan kenyataan-kenyataan daripada mereka," kata Najib dalam temubual bersama stesen televisyen TV3.

Temubual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid; dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temubual itu turut dimuatnaik di laman web www.newsplus.my/live-tv.

Ditanya mengapa dana itu dimasukkan ke akaun peribadinya, Perdana Menteri menjelaskan ia adalah kehendak penderma itu sendiri dan derma itu dilakukan secara peribadi.

Beliau berkata sewaktu akaun itu diwujudkan Bank Negara telah dimaklumkan.

"Jadi tidak ada niat sama sekali untuk menipu atau untuk melakukan sesuatu perkara sebab Bank Negara telah pun dimaklumkan tentang kewujudan akaun ini.

"Tapi jangan salah ertikan, akaun itu atas nama saya tetapi tidaklah ibarat macam akaun peribadi kita sendiri. Dan saya yakin bahawa setelah siasatan berjalan sepenuhnya, bahawa kebenaran akan timbul pada kesudahannya," katanya.

SPRM hari ini mengesahkan pihaknya telah menghantar pegawai ke Timur Tengah bagi mengadakan pertemuan dengan penderma dana RM2.6 bilion.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Peguam Negara sebaik sahaja siasatan selesai dilakukan.

SPRM bagaimanapun tidak boleh mendedahkan hasil pertemuan itu kerana siasatan masih berjalan, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata suruhanjaya itu akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara itu dari semasa ke semasa.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan