PKR Tetap Teruskan Tahaluf Siyasi Dengan PAS - Azmin Ali

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 6:04 PM

Mohamed Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengulangi pendirian bahawa parti itu akan tetap meneruskan kerjasama dengan PAS walaupun Parti Amanah Negara (Amanah) menolak kerjasama dengan PAS.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, PKR menyambut baik penyertaan Amanah dalam Pakatan Harapan tetapi menegaskan bahawa PKR akan tetap meneruskan tahaluf siyasi dengan PAS seperti mana yang diputuskan pucuk kepimpinan parti.

"Kita mengikut ketetapan Majlis Kepimpinan Pusat Keadilan pada 11 Oktober lalu iaitu mengukuhkan Pakatan Harapan serta meneruskan kerjasama dan tahaluf siyasi dengan PAS.

"Sekiranya Amanah tidak mahu ada dua gabungan pakatan (pembangkang) dan menolak (untuk bekerjasama dengan) PAS itu adalah keputusan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri di sini, Isnin.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang menolak dua gabungan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Khalid dalam satu sidang media semalam berkata tidak perlu dua pakatan pembangkang berikutan telah tertubuhnya Pakatan Harapan.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang sebelum ini membayangkan dua pakatan pembangkang akan bertanding pada PRU ke-14 memandangkan PAS enggan menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Amanah.
Tags / Kata Kunci: tahaluf siyasi , Azmin Ali , Amanah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan