"Pencuri Berlesen" Sukarkan Kehidupan Nelayan

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 10:30 AM

Kegiatan kecurian kerang di Kuala Selangor semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Nelayan di sepanjang kawasan pantai di Kuala Selangor di sini mendakwa kegiatan mencuri kerang menjadi lebih kerap sejak kebelakangan ini.

Kegiatan tersebut didakwa didalangi 'pencuri berlesen'.

Ketua Kampung, Kampung Bagan Sungai Yu Baru, Sow Eng Guan berkata kumpulan tersebut biasanya akan beroperasi dengan beberapa bot nelayan pada waktu malam atau awal pagi.

"Mereka akan bersembunyi di sekitar kebun kerang sebelum bertindak mencuri kerang tersebut.

"Walaupun kami mempunyai pekerja yang mengawal kebun tersebut, mereka masih boleh mencuri kerang dan juga tiram yang kini melambung harganya kerana kekurangan bekalan," katanya pada Ahad.

Sow mendakwa kumpulan tersebut yang terdiri daripada lapan lelaki merupakan pencari kerang yang mahu mencari punca pendapatan tambahan.

"Mereka sering dirujuk sebagai 'pencuri berlesen' di kalangan masyarakat di sini kerana apa yang mereka lakukan dan kemudian berkelakuan seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Ia adalah satu rahsia 'terbuka' di sini," dakwanya sambil menambah laporan polis telah dibuat mengenai kegiatan tersebut.

Seorang lagi nelayan, Ong Tian Sang, 60, dari Jeram di Kuala Selangor berkata kegiatan kecurian sering berlaku sejak dia mula terlibat dalam penternakan ikan dan kerang beberapa tahun lalu.

"Ia menjadi lebih berleluasa berikutan kekurangan bekalan kerang di pasaran.

"Kerang yang dahulunya hanya berharga RM3 hingga RM4 sekilogram pada suatu ketika kini dijual pada harga RM8 hingga RM12. Ini menjadi punca kepada sikap nelayan yang tidak bertanggungjawab sanggup mencuri untuk mendapatkan wang," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata beberapa nelayan masih berhati-hati dalam membuat laporan polis mengenai kegiatan 'pencuri' tersebut.

"Mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan beberapa kumpulan di sini, jadi nelayan di sini tidak mahu terlibat dengan sebarang konfrontasi," katanya.


Tags / Kata Kunci: kecurian kerang , Kuala Selangor , nelayan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan