Jika KL Dibom, Orang Ramai Akan Ubah Fikiran Mengenai MKN - Abdul Rahman

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 1:33 PM

Abdul Rahman Dahlan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Abdul Rahman Dahlan memberi bayangan kepada orang ramai mengenai kemungkinan senario terburuk jika Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak dilaksanakan.

"Jika sebutir bom meletup di KL maka anda semua akan mempunyai pandangan yang berbeza. Namun malangnya ia sudah terlambat #MKN," tulis beliau dalam laman Twitternya pada Isnin.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu memberi reaksi balas kepada pengguna Twitter @raishussin yang bertanya: Jika MKN digunakan terhadap rakyat untuk tujuan politik, masalah bukan?".

Pakatan pembangkang dan orang ramai mengkritik rang undang-undang itu dengan mendakwa ia memberi terlalu banyak kuasa kepada Perdana Menteri dalam menangani atau menentukan 'ancaman negara' dan mengisytiharkan 'kawasan keselamatan'.

Pada Ahad, pengguna Twitter @BooSoonYew67 turut bertanya kepada Abdul Rahman sama ada MKN akan kelihatan diterajui melalui kawalan proksi sebagai Ahli Majlis Keselamatan yang dilantik oleh Perdana Menteri.

"Mengapa bercakap mengenai kawalan proksi apabila MKN berurusan dengan ancaman keselamatan. Ancaman ini adalah benar," kata Abdul Rahman.

Rang Undang-Undang MKN 2015 diluluskan di Dewan Rakyat pada Jumaat membolehkan Perdana Menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan sekiranya berlaku ancaman kepada keselamatan negara.


Tags / Kata Kunci: Abdul Rahman Dahlan , RUU MKN 2015

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan