Laungan 'Hidup Umno' Sambut Muhyiddin, Mahathir

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 9:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan kehangatan Perhimpunan Agung Umno 2015 dengan mengadakan pertemuan terbuka dengan pemimpin dan ahli akar umbi parti itu.

Bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, kehadiran timbalan presiden Umno itu disambut bagaikan wira dengan laungan 'Hidup Umno' dan 'Hidup Tan Sri'.

Hadir sama dalam majlis yang penuh sesak itu ialah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pada majlis yang diadakan sehari sebelum Perhimpunan Agung Umno 2015 membuka tirai pada Selasa, Muhyiddin diberi peluang untuk menyampaikan 'amanat' kepada tetamu yang hadir.

Ia juga diadakan sehari sebelum Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan 'Amanat Presiden' di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Selasa malam.

Pada Perhimpunan Agung Umno kali ini, Muhyiddin tidak dibenarkan berucap dihadapan perwakilan seperti kebiasaannya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan