Jejantas Bernilai RM7 Juta Di Jalan Raja Laut Siap April 2016

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 10:24 PM

Datuk Ir Tan Keng Chok

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah jejantas pejalan kaki bernilai RM7 juta dari Stesen LRT Bandaraya, Jalan Raja Laut sehingga ke Wisma Bumi Raya di sini, bakal disiapkan pada April tahun hadapan.

Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Ir Tan Keng Chok berkata laluan jejantas sepanjang 215 meter itu bakal memudahkan pejalan kaki untuk melintas dengan mudah dan selamat.

"Walaupun terdapat lampu isyarat dan laluan pejalan kaki di sini, ia masih lagi berbahaya buat mereka untuk melintas.

"Di samping itu, keadaan lalu lintas yang sesak di sini turut dapat mengancam keselamatan pengguna khususnya buat pejalan kaki," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis perasmian dan pembukaan jejambat Sungai Gombak yang dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini, Isnin.

Mengulas lanjut, Tan berkata laluan jejambat bermula dari Jalan Raja Laut yang menyeberangi Sungai Gombak ke Jalan Kuching itu bakal mengurangkan 40 peratus kesesakan trafik yang teruk di kawasan itu.

"Jejantas sepanjang 370 meter ini dibuka kepada semua pengguna jalan raya bermula hari ini," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan