Jangan Cuai Terhadap Ancaman Keganasan - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 7:16 PM

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan militan IS, juga dikenali sebagai pengganas Daesh, tidak mampu bertapak di rantau ini berikutan tindakan segera yang diambil ASEAN dan rakan serantaunya dalam mengekang ancaman mereka, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau bagaimanapun memberi peringatan bahawa adalah suatu kebodohan bagi mana-mana pihak untuk bersikap selesa dengan keadaan yang ada sekarang.

Ketika berucap merasmikan Dialog Panglima Angkatan Tentera Selatan dan Asia Tenggara (SASEAN) kedua di sini hari ini, Hishammuddin berkata adalah jelas bahawa tiada sebarang negara, biar betapa lengkap sekalipun sumber yang dimilikinya, mampu menangani masalah ini secara bersendirian.

"Ia merentas sempadan negara. Kita perlu menerima realiti baharu ini dan mula memandang melebihi sempadan kita untuk memelihara keselamatan dan kestabilan di rantau ini," katanya.

Hishammuddin berkata semua pihak perlu sedar bahawa walaupun sesuatu ancaman atau konflik itu bersifat setempat, tetapi potensinya untuk merebak ke negara atau rantau lain, sentiasa ada.

Hishammuddin juga menegaskan tentang perlunya diplomasi ketenteraan, pertukaran maklumat risikan dan forum komunikasi ditingkatkan.

"Tetapi, semua ini tidak akan memberi kesan besar jika negara tidak bersikap jujur, terbuka dan telus antara satu dengan lain dalam perkara berkaitan cabaran keselamatan.

"Kita masing-masing mempunyai kepentingan negara, tetapi janganlah kita lupa bahawa lazimnya, adalah lebih berkesan jika wujud kerjasama antara satu dengan lain," katanya pada majlis itu yang bertemakan 'Regional Collaboration in Pursuit of Achieving Security and Stability' (Kerjasama Serantau Ke Arah Mencapai Keselamatan dan Kestabilan).

Dialog dua hari itu, yang berakhir esok, dihadiri para pemimpin angkatan tentera dan wakil mereka dari Brunei, Filipina, Laos, Vietnam, Thailand, Singapura dan Malaysia, di samping Bangladesh, India, Nepal, Maldives, Pakistan dan Sri Lanka. 
Amerika Syarikat, China dan Rusia menghantar pemerhati masing-masing.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan