Adenan Kritik Peruntukan Kecil Untuk Sarawak Dalam Bajet 2016

Diterbitkan: Isnin, 7 Disember 2015 12:39 PM

Adenan Satem.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengkritik Bajet 2016 yang hanya menyediakan peruntukan kecil untuk negeri itu.

Membentangkan Bajet Sarawak di sini pada Isnin, tanpa diduga Adenan membidas kerajaan Persekutuan dengan berkata: "Peruntukan bagi Sarawak dalam Bajet 2016 tidak mencukupi. Tidak cukup.

Beliau bercakap mengenai jurang pembangunan antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia dan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar di negeri itu.

"Negeri ini memerlukan pertolongan sebenar kerajaan Persekutuan dalam memberikan lebih banyak peruntukan untuk membolehkan kita mengejar mereka. Sarawak tidak sepatutnya ketinggalan di belakang," katanya.

Komen beliau disambut dengan tepukan gemuruh seluruh dewan.

Ini menyebabkan Adenan berseloroh: "Saya tidak tahu mengapa anda bertepuk tangan apabila saya kata 'tidak cukup', anda seharusnya bertepuk tangan apabila ia 'cukup'. Kami hanya memberikan gambaran luas kepada kerajaan Persekutuan.

Adenan menyenaraikan hanya tiga projek yang akan dibiayai Kerajaan Persekutuan di Sarawak tahun depan selain daripada Lebuhraya Pan Borneo: RM142 juta untuk Taman Perindustrian Samalaju, RM42 juta bagi Lapangan Terbang Mukah dan RM30 juta untuk membiayai proses pengukuran tanah adat.

Ketua Menteri itu yang juga Menteri Kewangan Sarawak membentangkan Bajet berjumlah RM5.97 bilion untuk negeri itu pada tahun depan.



Tags / Kata Kunci: Sarawak , Adenan Satem , Bajet 2016

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan