Suasana Pilu Selubungi Penghormatan Terakhir Jenazah Tunku Abdul Jalil

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2015 2:03 PM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mendahului iringan jenazah Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim ketika dibawa menuruni tangga Istana Besar selepas penghormatan terakhir, Ahad. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Suasana pilu menyelubungi Bilik Singgahsana, Istana Besar di sini, apabila orang ramai mula berkumpul untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

Rakyat Johor dan orang ramai mula berbaris di luar perkarangan Istana Besar sejak 9 pagi tadi bagi upacara berkenaan.

Orang awam dibenarkan melawat jenazah dari pukul 9 pagi sehingga 11.30 pagi, sementara orang kenamaan dibenarkan melawat dari pukul 11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Mereka yang hadir dilihat mematuhi kod etika berpakaian dengan wanita Islam mengenakan baju kurung putih dan kain batik serta bertudung putih sementara lelaki Islam, mereka mengenakan baju Melayu teluk belanga berdagang luar putih, kain samping hitam dan songkok lilitan jalur putih.

Sementara lelaki bukan Islam mengenakan pakaian baju dan seluar hitam, tali leher dan toha hitam di lengan kiri manakala wanita bukan Islam memakai baju dan seluar sopan dan toha hitam di lengan kiri atau tudung hitam.

Pegawai istana dan Askar Timbalan Setia Negeri Johor ditugaskan di perkarangan istana bagi mengawasi tingkah laku, ketertiban dan etika pemakaian orang ramai.

Orang ramai diberikan tempoh kira-kira seminit untuk memberikan penghormatan terakhir serta mensedekahkan Al-Fatihah.

Keranda baginda yang dilitupi bendera Jalur Gemilang dengan topi polis dan pedang di atasnya diletakkan di tengah-tengah Bilik Singgahsana.

Bersebelahan keranda itu, sekumpulan lelaki dari Jabatan Agama Islam Johor membacakan ayat-ayat suci al-Quran.

Sementara itu, seorang warga emas, Fatimahzahrah Abdul Ghani, 69, antara rakyat negeri ini yang turut tidak ketinggalan menziarahi jenazah Tunku Abdul Jalil.

Fatimahzahrah yang menaiki bas seorang diri, berkata Almarhum merupakan kerabat raja yang berjiwa rakyat dan kali terakhir dia bertemu Tunku Abdul Jalil ialah pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri tahun lepas di Istana Pasir Pelangi dan sempat bersalam-salaman dengan Almarhum.

"Saya berkunjung ke rumah terbuka di Istana Pasir Pelangi setiap tahun sejak 1997. Tetapi, kunjungan tahun ini paling bermakna dan memberi kenangan kerana itu adalah pertemuan terakhir dengan Almarhum," katanya.

Sementara itu, bendera Johor dikibarkan separuh tiang di setiap bangunan kerajaan sebagai menghormati kemangkatan Tunku Laksamana Johor.-- Bernama



iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan