Siasat Segera Kes Ahli Perniagaan Malaysia Mati Ditembak - Adik

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2015 8:09 PM

Lee Ah Han.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Adik kepada ahli perniagaan Malaysia yang ditembak berpuluh-puluh kali sehingga mati di Hatyai Jumaat lalu mahu Polis Thailand mengemukakan bukti berhubung dakwaan abangnya dibunuh kerana berhutang 35 juta (RM4.11 juta). 

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Lee, 50, berkata, beliau amat terkejut apabila membaca laporan beberapa akhbar hari ini yang menyatakan abangnya, Lee Ah Han, mati dibunuh kerana perselisihan perniagaan. 

Ia melibatkan hutang berjumlah 35 juta baht (RM4.11 juta) kepada seorang ahli perniagaan dari Malaysia. 

Bernama yang melaporkan berita itu pada Sabtu memetik sumber Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Vichapan Chantraporn sebagai mengesahkan maklumat perisikan polis.

Berdasarkan maklumat itu, polis mendapati bahawa mangsa ada masalah hutang sebanyak 35 juta bath yang dibayar menggunakan cek tendang dan telah berlanjutan selama enam bulan. 

"Kenyataan itu silap, sebab abang saya tak pernah hutang kepada sesiapa pun, kalau betul sebab cek tendang, polis mesti tunjuk cek itu sebagai bukti," katanya dalam sidang media di sini, Ahad.

Jelasnya, laporan itu telah menyebabkan nama abangnya tercemar dan beliau mahu siasatan mengenai kes tersebut dibuat dengan segera bagi mengetahui dalang di sebalik kejadian tersebut.  

Lee Ah Han, 54, ditembak Jumaat lalu di daerah Hatyai ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai bersama isterinya Mayuree Thipmani, 42. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan