Rang Undang-Undang MKN Bukan Untuk Sarawak - Speaker

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2015 3:28 PM

Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak disasarkan kepada negeri Sarawak, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.

Mengulas mengenai kenyataan pemimpin pembangkang bahawa MKN mungkin akan digunakan untuk mengurangkan situasi perbezaan pendapat politik, Asfia berkata: "Tidak, tidak, tidak, bagaimana mungkin ia ditujukan untuk Sarawak? Sarawak merupakan tulang belakang Barisan Nasional (BN), ia adalah asas kepada BN. Keselamatan ini (MKN) tidak ditujukan kepada Sarawak," katanya Ahad.

Asfia percaya majlis itu diperkenalkan berdasarkan masalah keselamatan di Sabah dan Semenanjung Malaysia, bukan untuk menindas suara politik dari dalam Sarawak.

Beliau juga menafikan rang undang-undang MKN telah ditetapkan pada masa serentak dengan pilihan raya negeri, yang perlu diadakan menjelang pertengahan tahun depan.

"Anda mempunyai organisasi baharu yang muncul di peringkat antarabangsa, untuk menghalang mereka daripada masuk dan merebak, anda perlukan majlis itu. Ia adalah perlu memandangkan keadaan yang berlaku baru-baru ini di Semenanjung dan Sabah," katanya.

Selepas rang undang-undang MKN telah diluluskan di Parlimen minggu lepas, Ketua PKR negeri Baru Bian mengeluarkan kenyataan yang meningkatkan kebimbangan mengenai pemusatan kuasa keselamatan itu.

Katanya, rakyat Sarawak, termasuk kerajaan BN, telah melakukan ini atas sebab-sebab yang didakwa tidak menyenangkan Kerajaan Persekutuan.

Asfia menolak kebimbangan itu apabila diasak untuk mendapatkan komen.

"Sarawak sebagai sebuah negeri yang sangat aman. Kestabilan politik kami adalah berdasarkan keharmonian kaum," kata beliau sambil menambah keharmonian kaum yang berterusan akan memastikan kuasa MKN tidak akan digunakan di Sarawak.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan