PM, Isteri Ziarah Jenazah Tunku Abdul Jalil

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2015 2:14 PM

Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, anakanda keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar meninggal dunia pada usia 25 tahun, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Besar, di sini, untuk menziarahi jenazah Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memasuki pintu gerbang Istana Besar pada pukul 1 tengah hari.

Penghormatan untuk orang kenamaan bermula sejak pukul 11.30 pagi tadi hingga 12.30 tengah hari ini.

Jenazah Almarhum Tunku Abdul Jalil disembahyangkan di Istana Besar dan akan dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah di sini, selepas waktu Zohor.

Jenazah Almarhum akan dibawa menggunakan pedati yang akan diarak kira-kira 30 Askar Timbalan Setia Johor melalui Jalan Ayer Molek terus ke makam berkenaan sepanjang tiga kilometer.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan anakanda-anakanda baginda yang lain dijangka mengiringi jenazah Almarhum.

Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam tadi di Hospital Sultanah Aminah, di sini, akibat kanser.

Almarhum merupakan anakanda keempat Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan