PKR Umum 15 Calon PRN Sarawak

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2015 11:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Ahad mengumumkan kumpulan pertama 15 calon keutamaannya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang. 

Naib Presidennya, Dr A. Xavier Jayakumar berkata, calon-calon itu dipilih daripada sejumlah 45 orang calon tentatif.

Beliau berkata, semua calon ialah dari kalangan profesional, berkelayakan , telah bergerak di peringkat akar umbi dan membuktikan kemampuan mereka.

Mereka ialah Nurhanim Hanna Dato Mokhsen yang bakal bertanding di Tupong, See Chee How (Batu Lintang), Voon Shiak Ni (Batu Kitang), Abg Zulkifli Abg Engkeh (Lingga), Norina Umoi Utot (Simanggang), Yakub Daud (Saribas), Vernon Aji Kedit (Layar), Ali Biju (Kerian), George Chen (Machan), Abdul Raafidin Majid (Nangka), Abun Sui Angit (Murum), Elia Bit (Marudi), Ronald Engan (Telang Usan), Paul Baya (Mulu) dan Baru Bian (Ba'Kelalan). 

"Kami akan mengumumkan kumpulan seterusnya calon dalam masa terdekat," kata beliau pada sidang media semasa majlis makan malam dan mesyuarat PKR di sini. - Bernama

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan