Orang Ramai Berkumpul Di Istana Besar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Putera Johor

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2015 10:48 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Orang ramai berkumpul di luar Istana Besar di sini sejak awal pagi untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

Pesara Syed Abdullah Yahya, 60, berkata dia bersiap selepas solat subuh dan meninggalkan rumah menuju ke istana pada pukul 8 pagi.

"Saya sentiasa mengikuti perkembangan keluarga diraja sejak zaman Almarhum ayahanda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar lagi.

"Saya berasa sedih dengan pemergian Tunku Abdul Jalil dan saya akan berdoa agar seluruh kerabat diraja bersabar dalam menghadapi masa sedih ini," katanya ketika ditemui di luar istana sini, Ahad.

Almarhum Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini akibat kanser.

Almarhum merupakan anakanda keempat daripada enam adik beradik dan putera kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Orang ramai diberi peluang memberi penghormatan terakhir pada pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi Ahad di Bilik Singgahsana, Istana Besar.

Penghormatan untuk orang kenamaan akan bermula pada pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, sebelum jenazah disembahyangkan dan dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah di sini selepas waktu Zohor.

Almarhum akan disemadikan di sebelah kanan makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Jan 2010, atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.

Diputerakan pada 5 Julai 1990, Almarhum disahkan menghidapi kanser hati tahap empat sejak Disember tahun lepas dan pernah menjalani pemindahan hati di sebuah hospital pakar di Guangzhou, China sebelum ini.

Bagaimanapun, penyakit Almarhum dilaporkan kembali menyerang sejak awal tahun ini.

Tunku Abdul Jalil pernah ditauliahkan sebagai Inspektor Polis pada 2011 dan merupakan kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan