"Inilah Malam Yang Paling Sukar Untuk Saya" - TMJ

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2015 9:25 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan penghormatan terhadap adiknya dalam posting di Facebook, menyifatkan Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim sebagai sumber kekuatan dan inspirasi.

"Kepada adikku yang dikasihi...Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya," kata Tunku Ismail di halaman Facebook Johor Southern Tigers, awal pagi Ahad.

Almarhum Tunku Abdul Jalil, 25, yang merupakan anakanda keempat dari enam adik beradik dan putera kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mangkat pada pukul 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor, akibat kanser.

"Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri.

"Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, adikku. Saya sentiasa sayangkan kamu," kata TMJ.

Kemangkatan Almarhum Tunku Jalil diiringi dengan ucapan takziah yang mencurah-curah daripada rakyat Malaysia termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Merafak sembah takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Y.A.M. Tunku Abd Jalil Sultan Ibrahim. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah," kata Najib dalam laman Twitter dan Facebooknya, Sabtu. 

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, yang mengumumkan berita kemangkatan itu, berkata istiadat siram jenazah dan kafan akan dilakukan kira-kira pukul 7 pagi Ahad.

Seterusnya jenazah Almarhum akan disemayam di Bilik Singgahsana Istana Besar.

Katanya orang ramai diberi peluang memberi penghormatan terakhir pada pukul 9.00 pagi hingga 11.30 pagi Ahad di Bilik Singgahsana, Istana Besar.

Abdul Rahim berkata penghormatan untuk orang kenamaan pula akan bermula pada pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, sebelum jenazah disembahyangkan dan dimakamkan di Makam DiRaja Mahmoodiah di sini selepas waktu Zohor.

Tags / Kata Kunci: TMJ , Tunku Ismail , Tunku Abdul Jalil

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan