Mahasiswa Dapat Gambaran Jelas TPPA, 1MDB

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2015 9:16 PM

Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 3.0 yang bertemakan 'Mahasiswa Arkitek Masa Hadapan'. Foto AZMAN GHANI / The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 3.0 telah memberi peluang kepada mahasiswa untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). 

Rata-rata mahasiswa yang ditemui menyifatkan persidangan itu menjadi platform terbaik bagi mereka mendapatkan maklumat lebih tepat, sekali gus menepis dakwaan negatif terhadap IMDB dan TPPA.

Mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohd Taufik Kinson, 20, berpendapat banyak mahasiswa hari ini mempercayai sumber-sumber maklumat daripada media sosial yang faktanya belum dapat disahkan lagi.

"Sebagai mahasiswa kita mempunyai pilihan sama ada mahu menerima atau menolak maklumat itu kerana tidak semua yang disebarkan melalui media sosial adalah tepat dan benar.

"Adalah menjadi tanggungjawab untuk memperhalusi dan meneliti setiap penyebaran maklumat yang diterima agar ia tidak menimbulkan fitnah dalam masyarakat," katanya selepas persidangan empat hari itu yang berakhir di sini, Ahad.

Katanya, beliau juga berpuas hati dan yakin dengan penjelasan secara langsung daripada Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai dakwaan kemelut syarikat itu.

"Apabila Arul terangkan secara langsung kepada kami tentang bagaimana urus tadbir dan pengaliran wang dalam 1MDB...ia sama sekali berbeza dengan cerita daripada cakap-cakap mulut orang," katanya.

Alumni mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM), Nur Azizah Samad, 23, pula berkata, setiap cadangan dasar kerajaan seperti TPPA mempunyai kebaikan dan keburukannya.

"Mungkin dari satu sudut kita melihatnya negatif, tetapi selaras negara yang menuju kepada status negara maju menjelang 2020, kita harus melihat impaknya secara menyeluruh dan dalam jangka masa panjang.

"TPPA misalnya akan memberi peluang kepada bakal graduan untuk meneroka potensi kerjaya pada tahap tertinggi termasuk di luar negara," katanya.

Sementara itu, Penyelaras Sekretariat Mahasiswa Nasional, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nur Syafiqah Daud, 20, berkata selain penerangan isu-isu semasa, PEMANAS juga menjadi peluang bagi mahasiswa mengenali lebih dekat sumbangan dan peluang kerjaya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Petronas.

Dalam pada itu, mengulas penganjuran persidangan kali ini, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO, Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata, sesi penerangan mengenai 1MDB dan TPPA akan diperluaskan di seluruh institusi pendidikan tinggi awam dan swasta.

"Selain itu, Akademi Minda juga akan membuat susulan melalui bengkel yang berterusan dengan harapan jika masih ada masalah kecelaruan kita akan dapat terangkan," katanya kepada Bernama selepas ucapan penangguhan persidangan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Selain sesi penjelasan isu semasa bersama menteri kabinet, persidangan yang bertemakan 'Mahasiswa Arkitek Masa Hadapan' itu turut membincangkan isu berkaitan pendidikan, ekonomi, politik dan agama. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan