JKMR Harap Syor Penambahbaikan Pindaan Undang-Undang Rasuah Dibawa Ke Parlimen

Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2015 11:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), berharap syor dan cadangan penambahbaikan berkaitan undang-undang rasuah menerusi Laporan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah 2014, dapat dibentangkan ke Parlimen secepat mungkin. 

JKMR, panel bebas yang memantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, laporan berkenaan juga telah diedarkan ke Parlimen pada 1 Disember lepas.

"Ahli-ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah juga komited untuk melaksanakan perubahan supaya dapat mewujudkan persekitaran bebas rasuah di Malaysia," menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini Ahad.

JKMR dalam kenyataan itu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini juga telah menyatakan pendirian menyokong cadangan-cadangan yang telah dikemukakan itu.

Antara perkara yang disyorkan ialah cadangan pindaan undang-undang yang melibatkan Seksyen 23 dan 36 Akta SPRM 2009, pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai Pencegahan Rasuah Malaysia, aspek pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM di bawah Perlembagaan Persekutuan dan mewujudkan peruntukan liabiliti korporat dan salah laku penjawat awam.

Dalam pada itu JKMR turut mengucapkan tahniah atas usaha SPRM mencegah jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di negara ini melalui strategi penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan.

Menurut kenyataan itu, tindakan tegas dan proaktif SPRM ini juga dapat dilihat melalui usaha operasi-operasi tangkapan dan pendakwaan baru-baru ini yang secara langsung dapat menyelamatkan hasil negara daripada ketirisan cukai dan juga ketenteraman awam.

"Namun begitu, usaha perlu dipergiatkan bagi mencegah jenayah rasuah secara lebih menyeluruh dan berkesan. JKMR juga berkeyakinan bahawa keberkesanan SPRM akan meningkat sekiranya segala cadangan dapat dipertimbang dan dilaksanakan oleh kerajaan," kata kenyataan itu.

JKMR yang dibentuk melalui Seksyen 14 Akta SPRM 2009, terdiri daripada tujuh ahli, daripada kalangan Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. - Bernama

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan