Tempias Kebencian Terhadap Umno, Saya Dikatakan 'Kuat Kipas PM' - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2015 8:56 PM

Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dibantu ADUN Rungkup, Datuk Sahrul Zaman Yahya (kanan) memakaikan beg sekolah kepada Mohammad Zharif Kamaruddin, 12, (tengah) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Persekolahan di Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh pada Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau turut terkena tempias golongan yang menanam kebencian mendalam terhadap Umno dan pemimpinnya terutama Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga dikatakan 'kuat kipas', 'kuat tolong' dan 'kuat pertahankan Perdana Menteri'. 

Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau mempertahankan perdana menteri kerana prinsip kesetiakawanan selepas diberikan kepercayaan untuk membantu Najib. 

"...jangan apabila kapal kena ribut atau dilanda gelombang, kita angkat dan tangkap nakhoda dan campak ke laut. Ini adalah sesuatu yang mengikut hukum agama sebab dalam perjuangan, sudah pasti setiap pemimpin akan mengalami ujian,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian sumbangan bantuan persekolahan kepada 2,991 pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini pada Sabtu.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, meminta agar rakyat tidak terlalu membenci Umno serta pemimpinnya kerana mereka perlu sedar dan ingat jasa serta sumbangan parti keramat itu kepada mereka selama ini.

"Umno bukan hanya sebuah parti politik tetapi sebuah institusi sosial yangbukan hanya menterjemahkan agenda politik tetapi turut mewarnai pelbagai aktiviti sama ada dalam bidang pendidikan, agama, ekonomi dan sosial malah yanglebih penting, supaya negara kita menjadi lebih aman dan damai.

"Itu yang diperjuangkan Umno tanpa meminggirkan mana-mana agama, bangsa atau mana-mana budaya," katanya yang juga Ahli Parliamen Bagan Datoh.

Justeru, katanya, Umno sebagai parti pemerintah sanggup membuat pelaburan dalam bidang pendidikan seperti membantu membayar yuran pelajar, menyediakan duit poket serta buku teks. 

"Tidak ada sebuah negara di dunia ini, sama ada kaya, membangun atau miskin,apabila pelajarnya dihantar ke sekolah ibu bapa tidak perlu membayar yuran, kerajaan yang tolong bayarkan.

"Malaysia sahaja yang berbuat demikian, bukan setakat itu, anak-anak yang miskin dapat bantuan sarapan, pakaian dan duit poket," katanya.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan