Polis Beri Amaran Serangan Pengganas Di Thailand

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2015 8:22 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis mempertingkatkan amaran dalam negara dan rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand diminta supaya berwaspada berikutan laporan risikan mengatakan militan Syria merancang untuk mengadakan serangan pengganas di negara jiran itu.

Bukit Aman mempertingkatkan keselamatan di Malaysia terutama lokasi-lokasi yang mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat dan Rusia, di mana laporan itu menunjukkan bahawa kawasan itu berkemungkinan menjadi sasaran militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tetap memperkukuhkan aspek keselamatan walaupun tiada risikan mengenai serangan seumpamanya dirancang di Malaysia.

"Kita akan memperkukuhkan keselamatan bagi memastikan tiada serangan berlaku di negara ini. Kita juga akan memantau secara dekat kepentingan Rusia di negara ini dan melihat sebarang kemungkinan ancaman," katanya kepada The Star pada Jumaat.

Khalid mengulas mengenai laporan yang memetik timbalan jurucakap polis Thailand, Jeneral Polis Songpol Wattanachai yang mengesahkan mengenai kewujudan dokumen bocor mengenai maklumat mengenai amaran dalam ancaman serangan pengganas di negara itu.

Walaupun Ketua Polis Negara pada Khamis menolak dakwaan risiko keselamatan di negara ini, sehingga menyebabkan Kejohanan Skuasy Wanita Dunia mungkin menangguhkan penganjurannya, beliau berkata, sebarang laporan mengenai ancaman terbaharu militan Negara Islam (IS) tidak akan diambil ringan.

"Kita sentiasa mengawal. Kita juga akan memantau premis negara-negara Barat," katanya.

Polis Thailand menerima amaran Perkhidmatan Keselamatan Rusia tentang kemungkinan 10 rakyat Syria yang mempunyai hubungan dengan kumpulan militan DAESH (IS) memasuki Thailand.


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan