Petani, Penternak, Nelayan Perlu Ada Perancangan Bersifat Global - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2015 8:10 PM

Najib Tun Razak menunjukkan baka baru durian 'Musang Queen' pada sambutan 50 Tahun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Dataran Merdeka pada Sabtu. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru golongan petani, penternak dan nelayan agar mempunyai perancangan yang bersifat global dalam menguasai pasaran dunia.

Katanya, antara langkah yang boleh diambil adalah dengan memanfaatkan penggunaan teknologi yang boleh memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa dan tidak hanya menggunakan kaedah jualan yang tradisional.

"Kita mesti jadi pelaku peringkat global, bersaing dengan negara maju, barulah kita menjadi bangsa berjaya yang disegani dan dihormati di persada dunia," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan 50 Tahun Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), di Dataran Merdeka di sini, Isnin.

Hadir sama, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertanian dan Industri Asas T ani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi FAMA, Tan Sr Badruddin Amiruldin. 

Perdana menteri berkata kerajaan sentiasa mengambil pelbagai pendekatan strategik di peringkat global dalam menebusi pasaran terbuka seperti menerusi penyertaan dalam Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Usaha itu turut dilihat apabila kerajaan menggalakkan penubuhan agro bazar di China dan Singapura serta aktiviti eksport bekalan makanan ke Lulu Hypermarket di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), katanya.

Sementara itu, Najib berkata beliau sangat tersentuh apabila diberi peluang melancarkan sambutan jubli emas itu memandangkan Allahyarham ayahandanya, perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan FAMA pada 30 September 1955.

Katanya FAMA ditubuhkan untuk mengubah nasib para petani, penternak dan nelayan yang pada ketika itu ditindas ekoran pendapatan tidak setimpal dengan keringat mereka.
 
Kini, katanya, FAMA telah berjaya dalam usahanya apabila pendapatan golongan itu semakin meningkat dan setimpal dengan usaha mereka. Katanya, FAMA juga telah dilihat berjaya meremajakan agensi itu dengan penglibatan sejumlah 20,000 siswazah Bumiputera dalam Program Kelab Usahawan Siswazah Tani (Myagrosis). -

Pada majlis itu, Najib turut menyaksikan pelancaran tiga program FAMA dalam usaha mentranformasikan sektor pertanian ke peringkat antarabangsa iaitu Agro Bazar Online, Francais Kopi 1Malaysia dan pinjaman mikro kredit. 

Program Agro Bazar Online membolehkan produk industri asas tani dapat dipasarkan terus ke peringkat dunia; program Francais Kopi 1Malaysia menggalakkan lebih banyak orang muda membuka francais seperti melalui kafe, dan karavan manakala pinjaman mikro kredit ditawarkan kepada bakal usahawan yang mahu membuka perniagaan mereka dengan peruntukan sebanyak RM50 juta. 

Najib turut melancarkan gelaran baharu 'Durian Musang Queen' daripada jenis Tekka yang merupakan durian kedua terbaik di negara ini selepas 'Durian Musang King.'

Dalam pada itu, perdana menteri turut mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM220 juta untuk pembinaan bangunan ibu pejabat baharu FAMA di Kelana Jaya, Selangor.

Melihat kejayaan Sambutan 50 Tahun FAMA yang mengadakan pelbagai aktiviti termasuk pesta makanan, Najib turut mengumumkan bahawa Pesta Makanan akan dijadikan sebagai acara tahunan FAMA seminggu sebelum Perhimpunan Agung UMNO.-Bernama

Tags / Kata Kunci: FAMA , Najib Tun Razak

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan