Fadillah Nafi Bertanding Pilihan Raya Negeri Sarawak

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2015 8:17 PM

Fadillah Yusof

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata tidak timbul isu beliau akan bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang. 

Fadillah yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera (PBB) menjelaskan demikian ketika ditanya mengenai desa-desus yang beliau akan diminta untuk bertanding pada pilihan raya negeri akan datang supaya boleh menganggotai Kabinet Negeri Sarawak.

“Itu adalah kuasa Ketua Menteri, kalau mereka mahu saya berkhidmat untuk negeri saya akan berbuat demikian tetapi buat masa sekarang saya masih anggota Parlimen dan seorang menteri kabinet persekutuan,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Pergerakan Pemuda PBB di ibu pejabat parti itu di sini pada Sabtu.

Beliau berkata Pergerakan Pemuda PBB sudah bersiap sedia menghadapi pilihanraya negeri akan datang serta memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN).

“Kita telah bergerak sejak selepas pilihan raya negeri yang lepas dan pilihan raya hanya formaliti,” katanya dan menambah mesyuarat hari ini membincangkan program yang akan dilaksanakan tahun depan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri.

Katanya, Pergerakan Pemuda PBB serius dalam membuat persiapan awal dan fokus utamanya adalah untuk memastikan kemenangan besar BN.

Fadillah berkata beliau yakin sekurang-kurangnya seorang calon baru akan dipilih dari kalangan pemuda PBB.

“Kita percaya pemuda PBB akan diberi peluang, namun ia terpulang kepada budi bicara ketua menteri selaku pengerusi BN negeri dan pemimpin kita tahu apa yang terbaik untuk parti, rakyat dan negeri,” katanya.

Sementara itu, mengenai penurunan kuasa kepada kerajaan negeri, Fadillah berkata perkara itu sudah dilaksana dalam perlaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo, dan menambah dana daripada kerajaan persekutuan diserahkan kepada Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak untuk perlaksanaan projek berkenaan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Fadillah Yusof

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan