Aplikasi WhatsApp Selamatkan Tiga Mangsa Sesat Di Bukit Tabur

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2015 6:34 PM

Bukit Tabur, Taman Melawati

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbualan menerusi aplikasi WhatsApp bersama pegawai bomba berjaya menyelamatkan tiga mangsa yang sesat hampir dua jam selepas mendaki Bukit Tabur, Taman Melawati di sini petang Sabtu.

Pemangku Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Mohd Azmi AbdulLatiff berkata kesemua mangsa berusia 22 tahun itu terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berjaya menemui jalan keluar di Kemensah, Hulu Klang kira-kira pukul 3.20 petang tadi setelah berhubung melalui aplikasi WhatsApp selepas sesat di lokasi berkenaan.

"Bomba menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang mangsa lelaki kira-kira pukul 1.55 petang dan tiba ke lokasi mereka mula mendaki di Kemensah pada pukul 2.40 petang.

"Selepas berjaya mendaki Bukit Tabur, mereka dilaporkan tersasar jauh sejauh lima kilometer ketika hendak turun dari bukit berkenaan dan menuju semula ketempat mereka mendaki iaitu di Kemensah," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Azmi berkata memandangkan tiada kecederaan berlaku kepada mereka, pihaknya hanya memberi arahan serta petunjuk untuk mereka keluar dari kawasan dilaporkan sesat berdasarkan lokasi yang dihantar kepada beliau melalui WhatsApp.

Tambahnya, mangsa mula mendaki di Kemensah pada pukul 8 pagi dan ini merupakan pengalaman kali pertama mangsa ke Bukit Tabur.

"Mereka hanya mengikut sekumpulan pendaki menuju ke puncak bukit tetapi mereka bertiga turun sendiri dari puncak untuk pulang dan ini menyebabkan mereka sesat," katanya sambil menambah hujan lebat serta aliran trafik yang sesak menyebabkan bomba lambat tiba di lokasi kejadian.

Beliau berkata kesemua mangsa kelihatan letih selepas berjaya keluar daripada lokasi mereka dilaporkan sesat.

Katanya seramai lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampangdan tiga anggota polis menyertai operasi berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Nukit Tabur , Sesat

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan