AEC Masih Jadi Keutamaan Selain TPP - Mustapa

Diterbitkan: Sabtu, 5 Disember 2015 7:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) masih menjadi keutamaan kepada Malaysia walaupun negara memutuskan untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsadan Industri.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ASEAN masih menjadi nombor satu dalam senarai keutamaan negara dari segi ekonomi dan politik.

"Malaysia telah mewujudkan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan kebanyakan negara yang terlibat dalam perbincangan TPP.

"ASEAN akan menjadi asas kita. Keutamaan kita masih sejajar dengan ASEAN,"katanya semasa berucap pada Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional di sini pada Sabtu.

Mustapa berkata ASEAN terdiri daripada 10 negara anggota manakala TPP mempunyai empat negara daripada 12 negara, yang penting kepada Malaysia iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.

"Kita tertarik dengan negara-negara yang kita tidak mempunyai FTA lagi.

"Kita akan mendapat akses pasaran yang lebih besar melalui pasaran baharu seperti Mexico dan Kanada," katanya, sambil menambah Malaysia akan mendapat manfaat dari segi akses untuk komponen kereta dan minyak sawit ke Kanada.

Selain itu, Mustapa berkata syarikat Malaysia yang beroperasi dinegara-negara TPP juga akan dapat mengakses kemudahan yang lebih baik.

"Komuniti Ekonomi ASEAN akan berterusan dan TPP akan menjadi satupenambahbaikan kepada rangkaian perdagangan kita," kata Mustapa.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Mustapa Mohamed , AEC , TPP

iklan

Video

Rabu, 28 Jun 2017 3:30 PM

Kenapa Amyra Rosli Geram?

Rabu, 28 Jun 2017 12:00 PM

Amboi... Nabil Tak Puas Hati Dengan Skrip?

Rabu, 28 Jun 2017 9:00 AM

Lucu... Kisah Raya Floor88

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan