Uber, GrabCar Antara Pilihan Pengguna

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2015 2:12 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tinjauan dalam talian mengenai perkhidmatan teksi mendapati ramai pengguna memilih aplikasi Uber, GrabCar untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkesan.

Tinjauan melibatkan 46,265 orang mendapati sebanyak 70.3 peratus mahu kerajaan mengkaji semula aplikasi tersebut.

Sebanyak 86.1 peratus pengguna pernah menggunakan perkhidmatan Uber, GrabCar dan 71.3 peratus dari mereka mendapati aplikasi ini lebih berkesan daripada teksi.

Tinjauan dalam talian oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ini bermula dari 25 November hingga 3 Disember 2015.

Bagaimanapun, di kalangan pemandu teksi pula mendakwa Uber dan GrabCar menyalahi undang-undang dan meminta untuk mengharamkan perkhidmatan tersebut.

Malahan majoriti pemandu teksi tidak puas hati apabila SPAD ingin mengkaji semula perkhidmatan ini.

Sebanyak 64.4 peratus pengguna menganggap Uber dan GrabCar sangat menjimatkan, sementara 59.5 peratus pengguna berkata aplikasi tersebut lebih mudah.

Tinjauan itu juga mendapati sebanyak 89.1 peratus pengguna tidak berpuas hati dengan pemandu teksi yang tidak menggunakan meter.

Sebanyak 71.9 peratus pengguna tidak gembira dengan sikap pemandu, manakala sebanyak 44.4 peratus pengguna berhadapan dengan masalah teksi kotor dan 58 peratus pengguna lagi tidak sanggup untuk membayar tambang yang mahal.

Sebanyak 69.5 peratus pengguna lebih gemar menggunakan aplikasi telefon untuk membuat tempahan teksi dan 47.7 peratus gemar menggunakan kad kredit dan tunai untuk membayar.

Selain itu, 44.7 peratus pengguna yang terlibat dalam tinjauan berkenaan berusia 21 hingga 30 tahun di mana 63.6 peratus adalah golongan bekerja dengan pendapatan isi rumah anggaran lebih RM8,001 sebulan.

Tinjauan SPAD pada 2014 mendapati empat daripada lima orang sukar untuk mendapatkan teksi pada cuaca buruk, selain itu, 74 peratus pengguna juga sukar untuk mendapatkan teksi semasa waktu puncak.

Sejak beberapa tahun lepas, perkhidmatan teksi dalam talian telah menimbulkan banyak permasalahan antara pemandu teksi di Lembah Klang.



Tags / Kata Kunci: Uber , GrabCar , SPAD

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan