Tun Mahathir, Isteri Sahkan Kehadiran Ke PAU 2015

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2015 5:57 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengesahkan kehadiran ke Perhimpunan Agung UMNO yang bermula Selasa depan, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Tun Mahathir telah memberi jawapan dia bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (isteri) akan datang," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu ketika ditemui media pada program bantuan persekolahan "Ceria Ke Sekolah' dan penyerahan bantuan peringkat Putrajaya di sini, Jumaat.

Tengku Adnan berkata UMNO kini sedang menunggu jawapan daripada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah berhubung jemputan untuk menghadiri perhimpunan itu.

Beliau berkata persiapan untuk perhimpunan berkenaan kini berjalan mengikut jadual.

Perhimpunan Agung UMNO pada 8 hingga 12 Dis ini akan disertai 5,738 perwakilan yang terdiri daripada 2,762 perwakilan perhimpunan agung, 993 persidangan pergerakan wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri).

Taklimat presiden pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan diadakan pada sebelah malam, 8 Dis dan bukannya pada petang seperti kebiasaan.

Tengku Adnan turut menolak desas desus kononnya terdapat pihak yang mahu membuat kacau sebaliknya melihat kehadiran kumpulan tertentu nanti lebih cenderung untuk memeriahkan suasana perhimpunan.

"Jadi janganlah ada puak-puak yang nak buat cerita atau putar belit mengatakan orang tertentu akan datang untuk mengganggu perhimpunan (Agung UMNO) dan saya tak percaya mereka akan membuat kacau," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan