Tiada Ancaman, Kata Polis Mengenai Kejohanan Skuasy Mungkin Ditangguh

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2015 8:22 AM

Rakyat Malaysia dan pelancong berada dalam keadaan selamat di kawasan sekitar pusat membeli-belah Pavilion. Foto AZHAR MAHFOF/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjuran Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di sini minggu depan kini menjadi tanda tanya selepas penganjur memberi amaran mengenai isu keselamatan, sekali gus menimbukan persoalan dan kemarahan pihak berkuasa Malaysia.

"Persatuan Skuasy Profesional (PSA) boleh mengesahkan bahawa penganjuran Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2015 ketika ini masih belum dipastikan berikutan satu emel cadangan daripada penganjur kejohanan, Hallmark Events Group," menurut satu kenyataan daripada badan dunia itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan terhadap sebarang risiko keselamatan di negara ini.

Kejohanan itu dijadualkan berlangsung di Bukit Jali dan KLCC dari 11 sehingga 18 Disember ini.

Khalid berkata, tiada risikan yang menunjukkan sebarang ancaman keselamatan di negara ini.

"Kita masih berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan negara," katanya pada Khamis.

"Bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan sebarang bahaya dan risiko keselamatan.

"Kita berhubung dengan penganjur dahulu dan mengenal pasti apakah yang dimasukkan mereka sebagai risiko keselamatan.

"Semua cawangan polis sudah bersedia untuk melindungi negara dari sebarang ancaman."

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memandang serius terhadap kejohanan itu mungkin tidak akan diteruskan atas sebab risiko keselamatan.

Beliau turut meminta polis dan kementerian berkaitan untuk bertindak berhubung perkara berkenaan.

Najib berkata, Malaysia sebelum ini menjadi tuan rumah pelbagai acara persembahan, persidangan, pertandingan sukan dan acara-acara lain pada setiap tahun tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Laporan media pada Rabu lalu mendakwa penganjur kejohanan itu telah menulis kepada PSA dengan meluahkan rasa bimbang mengenai keselamatan di Kuala Lumpur selepas Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asean ke-27.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan