Pengusaha Teksi Perlu Jalin Kerjasama Dengan Teksi Alternatif

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2015 9:58 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pengusaha teksi digalakkan untuk bekerjasama dengan teksi alternatif seperti Uber bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada penumpang di bandar-bandar utama di seluruh negara.

Jika tidak, mereka perlu mencari jalan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik bagi bersaing dengan Uber dan syarikat-syarikat teksi alternatif yang  lain, kata Pengerusi Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Irwan Abdullah Serigar.

"Kewujudan perkhidmatan teksi alternatif bukan masalah kepada pengusaha teksi kerana pengguna akan memilih mereka jika mereka menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan tambang yang munasabah," katanya kepada pemberita pada program #MyUberPitch di sini pada Jumaat.

Mohd Irwan berkata model perniagaan Uber membolehkan rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan tambahan, terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan ini  sejajar dengan usaha kerajaan yang mahu mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.

Beliau berkata perkhidmatan Uber adalah selamat kerana ia dipantau oleh pihak pengurusan Uber sendiri.

"Penilaian bukan sahaja akan dibuat ke atas pemandu tetapi juga penumpang - pemandu dan penumpang yang mendapat markah negatif akan dilarang menggunakan perkhidmatan.

"Perkhidmatan baharu ini amat popular di Amerika Syarikat dan sekarang di negara ini. Ia adalah idea baharu dalam perniagaan tanpa sempadan yang membentuk semula ekonomi global," katanya.

Program #MyUberPitch merupakan satu inisiatif oleh Uber Malaysia dan INTI International University Colleges.

Program ini membolehkan usahawan, peluang untuk membawa idea perniagaan mereka kepada tokoh perniagaan yang berpengaruh di Malaysia termasuk Mohd Irwan.

Dalam majlis hari ini, Mohd Irwan yang juga Ketua Setiausaha Kementerian  Kewangan bertemu dengan dua usahawan perkhidmatan Uber.

Seorang usahawan masuk ke dalam kereta dan mula mengketengahkan ideanya dalam tempoh yang singkat disebabkan perjalanan hanya mengambil masa selama 15 minit.

Pada akhir sesi itu, usahawan tersebut diturunkan di lokasi yang sama beliau  dijemput.

Mohd Irwan ketika mengulas mengenai perjalanan 15 minit itu, berkata : "Saya telah bertemu dengan dua individu yang mempunyai idea yang inovatif.

"Kami berikan mereka 15 minit untuk membentangkan idea mereka. Ini merupakan cara baharu bagi membuat sesuatu perkara dalam tempoh masa yang singkat. Jadi, mereka perlu fokus dan yakin. Kami akan menilai cadangan mereka dan membuat keputusan siapa yang akan menang tidak lama lagi."

Tags / Kata Kunci: Uber , Teksi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan