Banjir Chennai: Najib Lahirkan Simpati

Diterbitkan: Jumaat, 4 Disember 2015 10:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat India, terutama kepada mereka yang terjejas banjir di Chennai.

Perdana Menteri berkata usaha sedang dilakukan untuk menentukan jumlah rakyat Malaysia yang berada dalam zon banjir itu.

"Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan India untuk mengetahui jumlah rakyat Malaysia di sana," kata Najib dalam akaun Facebooknya.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir itu perlu  menghubungi pejabat Konsul Jeneral Malaysia di Chennai.

"Untuk maklumat lanjut atau bantuan, terutama rakyat Malaysia yang terjejas banjir di Chennai, sila hubungi bilik gerakan krisis banjir pejabat konsul jeneral di talian +91-44-2433-4434/35/36," katanya.

Dilaporkan lebih 90 pelancong dan pelajar Malaysia masih terkandas di hotel dan rumah masing-masing akibat banjir buruk yang melanda Chennai di Tamil Nadu, yang terletak di bahagian selatan India.

Sekurang-kurangnya 280 orang dilaporkan maut akibat bencana itu.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan