Nurul Izzah Dirujuk Ke Jawatankuasa Parlimen

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Khamis bersetuju merujuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kepada  Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung pertemuannya dengan anak perempuan bekas ketua kumpulan pengganas Sulu, Jacel Kiram.

Keputusan tersebut dicapai menerusi undi belah bahagian iaitu seramai 105 wakil rakyat menyokong manakala 77 ahli Parlimen lagi menentang terhada usul berkenaan

Dalam pada itu, Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR ketika ditemui di lobi Parlimen berkata beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

"Saya telah memberikan penjelasan tadi, namun berdasarkan keputusan majoriti maka saya akan teruskan…walaupun dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Walaupun tidak bersetuju, namun saya terima keputusan kerana tak ada apa-apa yang saya mahu sembunyikan. Biarlah semua menilai dengan sendiri," katanya.

Terdahulu ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) menyifatkan Nurul Izzah berpura-pura dalam menyatakan kekesalan berhubung tindakannya itu.

"Kita dengar apa yang dibahaskan Lembah Pantai tadi, saya menganggap ia sebagai kepura-puraan...lakonan beliau dalam isu ini.

"Jelas bahawa keluarga mantan ketua pembangkang ini tidak mempunyai semangat patriotik. Amat bersesuaian jika saya ibaratkan mereka ini sebagai petualang bangsa dan mengkhianti negara.

"Tindakannya yang begitu ceria bergambar dengan Jacel menunjukkan beliau langsung tak ada rasa simpati kepada keluarga perajurit yang terkorban," kata wakil rakyat Sabah itu.

Tags / Kata Kunci: Dewan Rakyat , Sulu

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan