Pekeliling Haram Penjualan Vape Diedar Kepada PBT Johor

Diterbitkan: Khamis, 3 Disember 2015 4:39 PM

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini akan menerima surat pekeliling bagi mengharamkan penjualan vape dalam minggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Abd Latif Bandi berkata keputusan untuk melanjutkan pekeliling itu sudah dibincang dan dipersetujui dalam mesyuarat kerajaan negeri semalam.

"Walaupun setiap PBT sudah mengambil maklum tentang arahan yang dikeluarkan baru-baru ini, namun pekeliling akan tetap diedarkan dalam minggu ini.

"Ia bagi memaklumkan pelaksanaan pengharaman vape berkuat kuasa 1 Januari depan di kesemua premis perniagaan di Johor," kata beliau dalam sidang media di sini, Khamis.

Semalam, Latif memberitahu kerajaan negeri kekal dengan keputusan mengharamkan penjualan vape sebagaimana yang dititahkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 29 Nov.

Menurut beliau, langkah itu diambil setelah mengambil kira kesejahteraan rakyat dalam konteks kesihatan.

Pengharaman penjualan vape di Johor merangkumi peranti dan cecairnya.

Tags / Kata Kunci: Vape , Johor

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan